AGAMA

ADUN Pitas sekeluarga peluk Islam

KUDAT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah bersama isteri dan anaknya secara rasmi memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, Pitas hari ini.

Lafaz syahadah itu dibimbing Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar serta disaksikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama Islam negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Ruddy bersama isterinya, Datin Seri Asiah Udin dan anak mereka, Aswady terlebih dahulu melafazkan dua kalimah syahadah secara bersama-sama sebelum mengulanginya secara bergilir-gilir serta membaca pengertiannya dalam bahasa Melayu.

Majlis berkenaan diteruskan dengan laungan azan, bacaan ayat suci al-Quran, selawat dan diakhiri dengan kenduri kesyukuran.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan menteri dan pembantu menteri Kabinet negeri.

Sebelum itu, Ruddy yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah dilaporkan telah lebih 10 tahun mendekati serta mendalami ajaran Islam sebelum mengambil keputusan memeluk agama tersebut atas kerelaan dan keikhlasan hati tanpa sebarang paksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button