Keputusan siapa MB Kedah akan diputuskan pimpinan PN
ALOR SETAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan keputusan siapa yang akan dilantik menjadi menteri besar negeri itu akan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi PN.
Sanusi berkata, setakat ini beliau sendiri masih tidak mengesahkan sama ada namanya berada di dalam senarai calon jawatan itu.
“Saya sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN sendiri masih tidak tahu sama ada nama saya ada atau tidak dalam senarai menteri besar.
“Itu sedang diuruskan oleh parti. Nama siapa yang akan dibawa mengadap Sultan Kedah saya tidak tahu,” katanya dalam sidang akhbar di sini, malam tadi.
Sanusi berkata, sementara pelantikan diumumkan beliau akan menjawat jawatan itu.
“Senarai nama itu akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Norizan Khazali,” katanya.
Sementara itu, ditanya sekiranya beliau akan mempertahankan jawatan itu, Sanusi menegaskan bahawa mana-mana pemimpin PAS tidak dibenarkan meminta sebarang jawatan.
Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan, Muhammad Sanusi bersama Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan kekal menjadi Menteri Besar di Kedah dan Terengganu sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan negeri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








