BERITA SEMASA

Ribut petir dijangka landa beberapa negeri pagi ini – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 9 pagi ini.

Amaran itu melibatkan kawasan di Kedah termasuk Baling, Kulim dan Bandar Baharu; seluruh Pulau Pinang; Hulu Perak di Perak serta beberapa daerah di Sabah seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau, Papar dan Tongod di Sandakan.

Menurut MET Malaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan sekurang-kurangnya satu jam.

Tempoh sah amaran pula tidak melebihi enam jam.

Dalam pada itu, agensi berkenaan berkata, negara kini memasuki fasa peralihan monsun bermula hujung Mac hingga Mei yang lazimnya membawa risiko peningkatan kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh singkat.

Fasa itu turut menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026 yang bermula sejak 13 November lalu, dengan corak angin lemah dari pelbagai arah dijangka mempengaruhi keadaan cuaca negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button