BERITA SEMASA

Ibu mentua Ismail Sabri meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Ibu mentua bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Jamaliah Ngah dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi satu hantaran di media sosial.

Ismail Sabri ibu mentua meninggal
Ismail Sabri menghadiri majlis pengebumian ibu mentuanya di Tanah Perkuburan Masjid Kariah Batu 10, Cheras.

“Kehilangan yang amat dirasai oleh kami sekeluarga atas pemergian ibu mentua saya yang tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada 5.30 pagi tadi.

“Allahyarhamah begitu dekat di hati kami sekeluarga. Keperibadiannya yang lembut serta senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya akan sentiasa terpahat sebagai kenangan indah buat kami semua,” tulis beliau.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman serta beramal soleh.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Jamaliah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kariah Batu 10, Cheras, Selangor.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022 selepas memimpin kerajaan Perikatan Nasional susulan kejatuhan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button