BERITA SEMASA

Rohana Jalil meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.33 malam semalam.

Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarganya.

Allahyarham, 68, sebelum ini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus.

Dalam pada itu memetik laporan BH Online, jenazah arwah Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah.

“Bagi mereka yang ingin melihat arwah buat kali terakhir bolehlah berbuat datang ke Masjid Al-Falah, USJ9.

“Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur,” ujarnya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button