
Aura selebriti warnai ‘Santapan Di Bawah Langit’ di Dancing Fish
KUALA LUMPUR – Dancing Fish, sebuah restoran yang tersenarai dalam Michelin Guide Kuala Lumpur tampil memperkenalkan pengalaman buffet berbuka puasa menerusi konsep Santapan Di Bawah Langit sempena Ramadan tahun ini.
Bertempat di Skydeck B, Bloomsvale Shopping Gallery di Jalan Puchong, Dancing Fish yang terkenal dengan identiti hidangan warisan Melayu-Indonesia menawarkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana langit terbuka yang pastinya cukup istimewa dan mengujakan.
Sempena pelancaran bufet Ramadan eksklusifnya baru-baru ini, dua figura berpengaruh, Khairy Jamaluddin dan Tya Ariffin turut hadir mencuri tumpuan sekaligus memeriahkan suasana dan para tetamu yang hadir.

Penampilan mereka bukan sekadar simbolik malah mengangkat prestij Santapan Di Bawah Langit yang diperkenalkan restoran berlatarbelakang panorama kaki langit yang cukup indah itu.
Menurut pengasasnya, Joshua Teoh, konsep Santapan Di Bawah Langit diwujudkan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan pengalaman berbuka lebih eksklusif tanpa perlu mengorbankan kualiti.
“Kami mahu setiap tetamu menikmati hidangan dalam suasana yang selesa dan teratur. Fokus kami ialah untuk memastikan pengalaman berbuka pelanggan tidak terlalu tergesa-gesa, sebaliknya menikmati ruang dan masa bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya dalam kenyataan medianya.

Bagi pelakon kelahiran Indonesia, Tya Ariffin, konsep berbuka di ruang terbuka sememangnya sesuatu yang disukai semua bahkan begitu dekat dengan nilai Ramadan itu sendiri.
“Berbuka puasa ialah detik yang dinantikan setiap hari sepanjang Ramadan. Suasana terbuka di skydeck pasti menjadikan setiap hidangan lebih bermakna dan masanya lebih tenang dan istimewa,” ujarnya.
Sementara itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula menegaskan kekuatan jenama Dancing Fish terletak standard penjagaan kualiti makanan yang disajikan.
“Dalam industri makanan, konsistensi adalah segalanya. Dancing Fish membina reputasi melalui kualiti yang terpelihara dan itu diterjemahkan dalam konsep bufet di sini,” katanya.

Santapan Di Bawah Langit ditawarkan bermula dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026 dengan harga RM188 net seorang.
Dengan kapasiti tempat duduk yang terhad di skydeck, orang ramai disaran membuat tempahan awal bagi merebut peluang menikmati pengalaman berbuka dalam suasana yang penuh eksklusif.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








