BERITA SEMASA

Proton X50 rempuh restoran dipercayai akibat tersilap tekan pedal minyak

SUBANG – Seorang pemandu lelaki dipercayai tersilap menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaannya, Proton X50, merempuh cermin hadapan sebuah restoran di Jalan SS14/1, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 6.20 petang.

“Siasatan awal mendapati pemandu terbabit sedang cuba memasuki kawasan parkir namun dipercayai tidak sengaja menekan pedal minyak, menyebabkan kenderaan bergerak ke hadapan dan melanggar cermin hadapan restoran berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan pemandu terbabit telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya untuk memberi keterangan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button