BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Kaunter HASiL beroperasi ikut jadual baharu sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan perubahan waktu operasi di semua kaunternya sepanjang bulan Ramadan bermula esok hingga 20 Mac ini di seluruh negara.

Menurut kenyataan HASiL hari ini, pelarasan waktu itu melibatkan kaunter khidmat rundingan, pejabat satelit, kaunter duti setem, HASiL Contact Centre (HCC), Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) serta kaunter perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Bagi kaunter khidmat rundingan, pejabat satelit dan kaunter duti setem di seluruh negara kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, waktu operasi ditetapkan dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.

Di Kedah, Kelantan dan Terengganu, waktu operasi adalah dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang bagi Ahad hingga Rabu, manakala pada Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga 3 petang.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, waktu operasi bermula pukul 8 pagi hingga 3.30 petang sepanjang Isnin hingga Jumaat.

Sementara itu, waktu operasi HCC adalah dari pukul 9 pagi hingga 4 petang di seluruh negara pada Isnin hingga Jumaat.

Di PPTH Kuala Lumpur, urusan bayaran secara tunai serta kad kredit atau debit boleh dibuat dari pukul 8.30 pagi hingga 3 petang, manakala perkhidmatan bank draf beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

Di Kuching, Sarawak, pembayaran bagi sijil pendaftaran nama perniagaan sahaja boleh dibuat dari pukul 8 pagi hingga 3 petang.

Bagi perkhidmatan HASiL di UTC esok, waktu operasi di semua negeri kecuali Johor, Kedah dan Kelantan adalah dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.

Di Johor, operasi bermula pukul 8 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Khamis, manakala pada Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Operasi di Kedah dan Kelantan pula adalah dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang bagi Ahad hingga Khamis. Lusa, waktu operasi di semua negeri kecuali Johor, Kedah dan Kelantan ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Sehubungan itu, pembayar cukai dinasihatkan supaya membuat perancangan awal serta menyusun jadual lawatan ke kaunter HASiL mengikut waktu operasi yang ditetapkan sepanjang Ramadan.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan memanfaatkan perkhidmatan dalam talian menerusi portal MyTax tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter.

“Pelaksanaan waktu operasi ini diharap dapat memenuhi jangkaan pelanggan serta memberi nilai tambah dalam meningkatkan tahap kepuasan dan pengalaman perkhidmatan kepada semua pembayar cukai,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh dikemukakan kepada HCC di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara), selain melalui perkhidmatan HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button