LHDN selaras waktu operasi bermula 1 Jun
KUALA LUMPUR — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan penyeragaman waktu operasi kaunter perkhidmatannya di seluruh negara bermula 1 Jun ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, penyesuaian waktu itu bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memberi keselesaan kepada pelanggan.
“Penetapan waktu operasi baharu ini dibuat selepas mengambil kira trend kunjungan orang awam ke kaunter LHDN serta memastikan sumber perkhidmatan dapat dimanfaatkan secara optimum,” katanya menurut satu kenyataan.
LHDN berkata, di Semenanjung Malaysia, kaunter akan dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
“Bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, operasi bermula Ahad hingga Rabu, 8.30 pagi hingga 4.30 petang, manakala Khamis sehingga 3 petang.
“Di Sabah dan Sarawak, kaunter akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat,” katanya.
Di Pusat Pengurusan Terimaan LHDN (PPTH) Kuala Lumpur, oroperasi bermula dari 8.30 pagi hingga 4 petang bagi bayaran tunai, manakala urusan untuk bayaran bukan tunai sehingga 4.30 petang.
Di Kuching, kaunter bayaran Sijil Pendaftaran Nama Perniagaan (tunai sahaja) akan dibuka dari 8 pagi hingga 3.30 petang.
Sementara itu, kaunter LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) tidak terlibat dalam perubahan itu dan akan terus beroperasi seperti biasa dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja sahaja.
Waktu rehat solat Jumaat ditetapkan mengikut negeri antara 11.30 pagi hingga 2.45 petang.
LHDN memaklumkan sempena cuti Hari Gawai Dayak pada 1 Jun, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun dan cuti tambahan di Sarawak, operasi kaunter di negeri itu akan bermula pada 5 Jun 2025.
Bagi negeri-negeri lain yang tidak terlibat dengan cuti tersebut, operasi akan bermula pada 3 Jun.
“Sehubungan itu, pembayar cukai dinasihatkan untuk merancang lawatan ke kaunter mengikut waktu yang telah ditetapkan,” tambahnya.
LHDN menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan dalam talian melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my bagi memudahkan urusan tanpa perlu hadir secara fizikal.
“Kami berharap pelaksanaan waktu baharu ini dapat memenuhi ekspektasi pelanggan serta memberi nilai tambah kepada pengalaman perkhidmatan LHDN,” menurut kenyataan itu lagi.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan menerusi Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau menerusi perkhidmatan Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







