92 kereta mewah disita dalam Ops Luxury JPJ
KUALA LUMPUR – Sebanyak 92 kereta mewah termasuk Lamborghini Aventador dan Porsche 911 disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur sejak Julai lalu menerusi operasi khas Ops Luxury.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi itu turut mencatatkan 401 notis kesalahan melibatkan pelbagai aspek teknikal dan dokumentasi pemilik kenderaan.
Menurutnya, notis yang dikeluarkan merangkumi 307 notis JPJ(P)22, 92 tindakan tahan kenderaan mengikut Seksyen 64, satu siasatan di bawah Seksyen 114, serta satu tindakan bawah Seksyen 224 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap 241 kereta mewah menemukan pelbagai kesalahan serius membabitkan pemilik dan pemandu.
“Antara kesalahan direkodkan ialah 45 pemandu tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL), satu menggunakan CDL palsu, 177 kenderaan tiada atau tamat tempoh LKM, 160 tidak mempunyai insurans dan 10 kenderaan tanpa nombor pendaftaran,” memetik laporan NST.
Hamidi berkata, enam kes turut melibatkan kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran milik kereta lain, selain dua kes beroperasi tanpa lesen pengendali.
“Ops Luxury akan diteruskan bagi memastikan pemilik kenderaan berprestasi tinggi mematuhi undang-undang serta tidak mengambil mudah aspek keselamatan jalan raya,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








