BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Anggota JPJ dilanggar lori semasa pemeriksaan jalan raya

KUANTAN – Seorang daripada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang cedera akibat dilanggar sebuah lori ketika melakukan pemeriksaan trafik Lebuh Raya Pantai `Timur (arah barat) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pembantu penguatkuasa JPJ Pahang yang berusia 38 tahun tersebut cedera dalam kejadian pada pukul 5 petang itu.

Katanya, kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda iaitu sebuah Ford Ranger dan sebuah lori Hino-Rigid yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun.

“Siasatan polis mendapati mangsa sedang menjalankan Ops Khas Perdagangan di lorong kiri dengan penutupan lorong berkenaan untuk lencongan masuk ke kawasan rawat dan rehat (RNR) Gambang.

“Tiba-tiba sebuah lori dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu melanggar kenderaan pacuan empat roda milik JPJ dan mangsa yang berada di lorong kiri.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini Kuantan untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan mendapati pemandu lori terbabit mempunyai tujuh saman yang belum dijelaskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam video yang tular di media sosial semalam, seorang anggota JPJ dirakam terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button