BERITA SEMASA

30,000 tempat ditawarkan Program Matrikulasi sesi 2025/2026

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30,000 tempat disediakan untuk Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) bagi sesi 2025/2026, dengan 90 peratus kuota dikhaskan kepada pelajar Bumiputera.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu, 27,000 tempat diperuntukkan kepada pelajar Bumiputera manakala baki 3,000 tempat atau 10 peratus diberikan kepada pelajar bukan Bumiputera.

“Tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi itu dibuat berdasarkan kuota sedia ada iaitu 90 peratus Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Yuneswaran Ramaraj (PH–Segamat) mengenai jumlah pelajar mengikut kaum yang ditawarkan kemasukan bagi sesi 2025.

Menjawab soalan lain daripada Mordo Bimol (PH–Mas Gading) berhubung semakan kadar Bantuan Per Kapita (PCG) yang kekal sejak 2002, Fadhlina berkata, KPM sentiasa membuat kajian dan penilaian semasa terhadap kadar tersebut.

“Semakan itu telah dilaksanakan pada 2011, 2013, 2017 dan 2023 bagi memastikan kadar PCG kekal relevan dan memenuhi keperluan sekolah.

“Namun, sebarang kenaikan kadar perlu diteliti dan dilaksanakan secara berperingkat memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button