Reformasi pendidikan negara perlukan kerja keras berterusan – Fadhlina
PUTRAJAYA – Usaha mereformasi pendidikan negara merupakan satu langkah berterusan yang memerlukan kerja keras dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha menangani kesenjangan yang wujud dan membawa pendidikan negara ke tahap yang lebih baik boleh dihadapi dengan iltizam bersama, semangat yang kukuh dan hala tuju yang jelas.
“Ada antara isu yang kita hadapi bersifat sistemik dan telah lama membelenggu. Penyelesaian yang dicari memerlukan kita untuk mereformasikan struktur termasuk mengubah gerak kerja di semua peringkat.
“Alhamdulillah, kerja keras sepanjang tiga tahun Reformasi Pendidikan ini berjalan telah mula dapat dituai hasilnya,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.
Kongsi Fadhlina, antara pencapaian sepanjang tiga tahun ini adalah pengisian guru di sekolah mencecah hingga 98 peratus, jumlah kelulusan pembinaan sekolah baharu adalah yang tertinggi, penambahan kelas prasekolah dan inisiatif sekolah selamat
Bagi langkah jangka panjang, Fadhlina berkata, RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 yang bertujuan mewajibkan pendidikan menengah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Persekolahan 2027 akan menjadi tumpuan.
“Perjalanan Reformasi Pendidikan masih jauh dan masih banyak cabaran yang perlu kita tempuh.
“Namun dengan iltizam bersama, semangat yang kukuh dan hala tuju yang jelas, saya yakin bahawa pendidikan negara akan terus memacu kecemerlangan. We will do better,” katanya lagi.
Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi pautan kepada Laporan Pencapaian Reformasi Pendidikan 2025 yang bertemakan ‘Untuk Anak Kita’.
Laporan tersebut boleh dimuat turun menerusi pautan berikut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








