BERITA SEMASA

3 suspek kes pukul vokalis kumpulan musik didakwa di mahkamah hari ini

JOHOR BAHRU – Tiga suspek utama dalam kes pergaduhan yang melibatkan vokalis sebuah kumpulan muzik yang tular di media sosial sejak Ahad lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihak polis telah menerima arahan untuk mendakwa tiga daripada enam suspek yang sebelum ini ditahan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dan tindakan susulan sudah diambil. Kami juga telah menerima arahan untuk mendakwa tiga suspek di Mahkamah Johor Bahru, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek itu akan didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan secara bersama-sama.

Sementara itu, tiga lagi suspek dibebaskan tanpa syarat selepas semakan lanjut mendapati mereka tidak terlibat secara langsung dalam insiden berkenaan.

Sebelum ini, polis menahan enam lelaki berhubung kes pergaduhan yang berlaku di sebuah gimnasium di pusat beli-belah di Johor Bahru.

Tiga lelaki berusia antara 24 hingga 36 tahun ditahan pada Isnin lalu, manakala tiga lagi berusia 28 hingga 40 tahun ditahan kelmarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button