BERITA SEMASAHIBURAN

Zizie Izette masih berkabung, berkuat demi anak-anak selepas pemergian suami

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, 47, mengakui dirinya masih melalui fasa berkabung selepas kehilangan suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin namun tetap bertekad untuk terus kuat demi anak-anak mereka.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Zizie menzahirkan penghargaan atas limpahan ucapan takziah, doa serta kata-kata semangat yang diterima sejak Jumaat lalu.

“Terima kasih kepada semua atas ucapan takziah, doa dan kata-kata semangat. Saya sudah membaca setiap satu komen walaupun saya tidak mampu membalas semuanya. Saya amat menghargainya,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Zizie berkata dirinya sedang memberi ruang untuk merasai setiap emosi yang hadir selepas kehilangan besar tersebut.

“Pada saat ini, saya masih melalui fasa berkabung. Saya membenarkan diri untuk menangis. Saya membenarkan diri untuk merinduinya.

“Saya membenarkan diri untuk rasa apa sahaja yang saya rasa kerana saya tahu ini adalah perjalanan yang perlu saya lalui dan rasa rindu itu tidak akan pernah hilang.

“Memang berat tetapi saya tahu saya perlu terus kuat demi anak-anak,” katanya.

Di penghujung hantaran, Zizie sekali lagi mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan daripada orang ramai.

“Dari lubuk hati saya yang paling dalam, sekali lagi terima kasih. Jika anda bersama saya, mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuknya,” tulisnya lagi.

Bung Moktar
Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi Jumaat lalu akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan kuman pada paru-paru.

Zizie dan Allahyarham Bung Moktar mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata. Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat.

Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi Jumaat lalu akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada pukul 2.10 petang hari yang sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button