Bung Moktar dirawat di hospital
CYBERJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan sedang sedang dirawat di sebuah hospital di Kota Kinabalu.
Perkara itu dikongsikan pportal FMT yang memetik anaknya, Naim Moktar.
“Kami berharap dan berdoa agar beliau pulih sepenuhnya, sementara pasukan perubatan memberikan rawatan terbaik,” katanya.
Sementara itu, portal SH yang memetik sumber berkata, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah dinasihatkan untuk berehat dan menjalani rawatan lanjut.
“Beliau sebelum ini, semasa kempen pilihan raya, sudah membuat pemeriksaan di hospital tetapi kini sedang menerima rawatan dan diminta diberi ruang untuk berehat,” kata sumber berkenaan.
Dalam masa yang sama, hantaran di akaun Facebook BN Comms Sabah menzahirkan doa supaya beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








