Tidak rasmi: Bung Moktar, Pandikar Amin Mulia catat kemenangan
KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan kemenangan awal bagi Bung Moktar Radin yang mempertahankan kerusi DUN Lamag, manakala Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendahului di DUN Pintasan, menurut laporan tidak rasmi.
Dalam perkembangan sama, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencatat kemenangan awal di beberapa kerusi lain termasuk DUN Banggi, Kuamut, Sulaman, Membakut, Karanaan, Kemabong, Sungai Manila dan Apas.
Sementara itu, parti Warisan mendahului di beberapa kerusi seperti Bugaya, Elopura, Tanjong Papat, Sri Tanjong, Kemabong dan Tanjung Aru.
Semua 882 pusat mengundi dan 3,559 saluran dibuka pada jam 7.30 pagi bagi memberi peluang kepada 1.74 juta pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Kadar keluar mengundi setakat jam 4 petang dicatatkan sebanyak 60.94 peratus.
SPR menegaskan keputusan rasmi akan diumumkan selepas pengiraan penuh selesai dan meminta semua pihak menunggu dengan sabar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








