BERITA SEMASA

22 tahun menanti, penduduk PRR Putera Kiansom akhirnya terima kunci rumah

KOTA KINABALU – Penantian selama hampir 22 tahun berakhir dengan penuh syukur apabila penduduk Taman Perumahan Rakyat Residensi (PRR) Putera Kiansom akhirnya menerima kunci kediaman masing-masing.

Majlis penyerahan kunci itu disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sempena siri jelajah Sentuhan Kasih KPKT ke Sabah yang berakhir semalam.

Menurut Kor Ming, peruntukan tersebut diluluskan berdasarkan prinsip belanjawan berasaskan prestasi bagi memastikan manfaat jangka panjang serta impak berterusan kepada rakyat Sabah.

“KPKT akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti untuk memastikan agenda pembangunan yang inklusif, mampan dan sejahtera dapat direalisasikan,” katanya dalam kenyataan.

Selain Taman PRR Putera Kiansom, turut diserahkan ialah Residensi Menggatal fasa satu, yang menyediakan 816 unit apartmen kepada rakyat berpendapatan rendah.

Pada masa yang sama, Kor Ming turut mengumumkan penyaluran peruntukan sebanyak hampir RM170 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan rakyat di Sabah.

Baca juga : Sentuhan Kasih KPKT: Sandakan terima RM34.2 juta

“Peruntukan tersebut melibatkan 44 projek merangkumi bidang perumahan, infrastruktur awam, landskap dan kemudahan komuniti, termasuk
pembinaan 10 projek baharu PRR dan PPR serta Program baik pulih dan bina rumah bandar dan penyelenggaraan 15 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)

“Turut terbabit, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR), 13 projek balai bomba baharu, pembaikan dan kuarters serta enam projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), empat projek landskap dan taman awam serta Naik taraf tapak pelupusan sisa pepejal, katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button