Zidane berhasrat bimbing skuad kebangsaan Perancis
ROME – Legenda bola sepak dunia, Zinedine Zidane mengesahkan hasratnya untuk kembali ke dunia kejurulatihan dengan impian membimbing skuad kebangsaan Perancis suatu hari nanti.
Zidane berkata, beliau masih menyimpan cita-cita untuk kembali ke padang sebagai jurulatih selepas beberapa tahun berehat daripada bidang tersebut sejak meninggalkan Real Madrid pada 2021.
“Saya pasti akan kembali melatih. Saya tidak mengatakan ia akan berlaku sekarang, tetapi apa yang saya mahu suatu hari nanti ialah membimbing pasukan kebangsaan,” katanya memetik laporan La Gazzetta dello Sport semalam.
Zidane, 53, sebelum ini pernah memimpin Real Madrid menjuarai tiga kali berturut-turut saingan Liga Juara-Juara Eropah, selain membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir menentang Brazil.
Menurut laporan media antarabangsa, Zidane kini menjadi calon utama untuk menggantikan jurulatih sedia ada, Didier Deschamps, yang dijangka menamatkan khidmatnya selepas kejohanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Zidane turut berkata, semangat serta tenaga seorang jurulatih memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan.
“Perkara paling penting ialah mempunyai semangat terhadap bola sepak dan keinginan untuk menyampaikan sesuatu kepada pemain.
“Bagi saya, tenaga dan keazaman jurulatih menyumbang 80 peratus kepada kejayaan sesebuah pasukan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








