BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan didakwa – AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mendakwa beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut AGC, keputusan tersebut dibuat selepas pihak Jabatan Peguam Negara selesai meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes tragis berkenaan.

“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu proses inkues yang akan berjalan,” kata AGC dalam kenyataan hari ini.

AGC menegaskan, tindakan pendakwaan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih diteruskan oleh pihak polis, termasuk prosiding inkues yang bakal dijalankan di mahkamah.

“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat.

“Walau bagaimanapun, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button