Zai Sri Gemilang tawar pakej rumah terbuka Aidilfitri mampu milik
MENJELANG Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi, rata-rata tuan rumah pasti mula memikirkan soal bajet dan perancangan majlis rumah terbuka.
Dalam keadaan kos barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat, pilihan pakej katering pada harga berpatutan pastinya menjadi keutamaan.
Memahami kos tinggi yang perlu ditanggung tuan rumah untuk satu majlis rumah terbuka Aidilfitri, Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd. kini tampil memperkenalkan harga pakej mampu milik dalam meringankan beban mereka.
Dengan hanya harga bermula serendah RM26 seorang dengan minimum seramai 100 tetamu, mereka yang berhasrat menganjurkan majlis tidak perlu pening kepala lagi untuk memikirkan kos-kos lain.
Ini kerana sembilan menu utama menerusi tiga pakej iaitu Raya Urban, Raya Ceria dan Riuh antaranya nasi minyak, sate nasi himpit, kuah kacang, kambing bakar dan mi kari.
Selain itu, enam gerai turut disediakan termasuk dua gerai percuma seperti air balang, ABC, cendol dan kopi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norhafizah Abd Karim berkata, tawaran awal untuk semua pakej itu akan mendapat potongan harga sebanyak RM3,000 yang akan berakhir 5 Mac nanti.
“Kami menjanjikan perkhidmatan katering yang berkualiti tinggi di sekitar Lembah Klang kerana sudah berada di pasaran lebih 22 tahun.
“Bersama Zai Sri Gemilang, kami bukan sekadar menyediakan makanan malah mahu mencipta kenangan bermakna untuk setiap pelanggan dan itulah komitmen kami sejak hari pertama,” katanya.

Zai Sri Gemilang yang mula beroperasi sejak 2004 di Shah Alam merupakan pakar katering dalam menyediakan perkhidmatan makanan untuk rumah terbuka, perkahwinan, acara korporat, aqiqah dan majlis komuniti.
Syarikat Bumiputera itu kini memiliki reputasi hebat apabila menjadi pilihan pelbagai syarikat korporat, agensi kerajaan dan institusi pendidikan terkemuka termasuk MBSA, MBI Selangor, UiTM, Sime Darby Plantation, PUSPANITA, Daikin, Maybank dan Selangor FC.
Kepercayaan pelanggan-pelanggan utama ini menggambarkan kredibiliti, kecekapan dan kemampuan Zai Sri Gemilang dalam memastikan setiap acara berjalan lancar tanpa kompromi terhadap kualiti.
Mengulas lanjut, Norhafizah menambah, dalam industri katering dan acara yang semakin kompetitif, pelanggan kini menuntut lebih daripada sekadar hidangan enak. Jelas beliau, mereka mengharapkan pensijilan halal yang sah, kepekaan terhadap budaya serta kecekapan profesional.
“Zai Sri Gemilang telah memenuhi semua kriteria ini dengan pengalaman lebih dua dekad dan pematuhan penuh terhadap piawaian halal.
“Syarikat ini turut memiliki kelebihan dari segi pengetahuan tempatan, akses logistik dan rangkaian vendor berkaliber tinggi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








