Aidilfitri: KPM umum 3 hari cuti tambahan
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan peruntukan tiga hari cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menurut KPM menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, tarikh cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini adalah sebanyak tiga hari.
Cuti ini diberikan kepada guru, pelajar, dan ibu bapa bagi meraikan Aidilfitri.
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B.
Bagi Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu), cuti tambahan itu ialah pada 30 Mac, 2 dan 3 April.
Untuk Kumpulan B (Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), cuti tambahan ialah pada 2, 3 dan 4 April.
Untuk info, umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac dan 1 April dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







