Wira misi Sumud Nusantara dijadual tiba di KLIA malam esok
SEPANG – Majlis Sambutan Kepulangan Wira Sumud Nusantara Malaysia akan diadakan malam esok bagi menyambut ketibaan sukarelawan negara yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abd Alim Araby dalam satu kenyataan berkata, majlis berkenaan dijadual berlangsung pada pukul 9.45 malam esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Alhamdulillah dengan izin Allah, SNCC memanjangkan makluman dan jemputan kepada semua pendokong misi Sumud Nusantara, penyokong serta rakan media untuk hadir bersama dalam majlis sambutan ini,” katanya.
Misi GSF yang disertai hampir 500 aktivis kemanusiaan dari lebih 44 buah negara termasuk Malaysia belayar ke Gaza sebagai simbol solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus berdepan kekejaman rejim Zionis.
Bagaimanapun, semua kapal aktivis yang terlibat telah dipintas tentera rejim sebelum menahan dan membawa mereka ke pelabuhan Ashdod, Israel.
SNCC turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan pasukan misi sepanjang berada di perairan antarabangsa serta semasa proses kepulangan ke tanah air.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








