WAWASAN ambil alih parti, hanya tukar nama
KUALA LUMPUR – Status pendaftaran Parti Wawasan Negara (WAWASAN) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak menjadi masalah, memandangkan ia hanyalah proses penukaran nama parti.
Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, hal ini berikutan pengambilalihan sebuah parti yang sudah berdaftar sebelum ini.
“Saya ambil alih parti, nama sahaja kita tukar,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Parlimen Pembangkang di Pejabat Agung PAS di sini pada Rabu.
Hamzah yang juga Pengasas WAWASAN memaklumkan, Mesyuarat tersebut menumpukan kepada perancangan gabungan berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
“Maklum sahaja di Johor sudah pun ada ketetapan maka kita nak tentukan bagaimana caranya untuk kita pastikan kemenangan calon-calon kita begitu juga di Negeri Sembilan
“Jadi semua perbincangan itu memerlukan rakan-rakan terutama Ahli Parlimen turun membantu calon-calon kita itu kita bincangkan,”katanya.
Terdahulu, Hamzah bersama 16 lagi Ahli Parlimen yang mengikuti Gerakan RESET Malaysia antara yang hadir dalam mesyuarat bersama Ahli-Ahli Parlimen PAS yang berlangsung hampir dua jam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


