POLITIK

BERSATU tidak lagi relevan dalam lanskap politik semasa – Hamzah

SEREMBAN – Presiden WAWASAN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menganggap Parti BERSATU tidak lagi relevan dalam landskap politik semasa susulan prestasi hambar parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berkahir semalam..

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden parti itu sebelum dipecat turut mengajak bekas rakan seperjuangannya untuk menyertai WAWASAN sekiranya mereka mahu meneruskan perjuangan politik demi rakyat.

“Saya ingin beritahu rakan-rakan saya yang dahulu bersama BERSATU, cukuplah. Di Johor mereka kalah, di sini mereka langsung tidak memperoleh sebarang kerusi.

“Kembalilah kepada kepimpinan yang benar-benar ikhlas dan jujur demi masa depan rakyat. Bukan untuk saya, tetapi untuk seluruh rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Rasah Kemayan, di sini malam tadi.

Hamzah kemudian turut mempersoalkan pendirian BERSATU sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan, yang menurutnya lebih banyak menyerang gabungan Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN) berbanding Pakatan Harapan (PH).

“Sepanjang kempen, mereka langsung tidak bercakap mengenai PH. Mereka lebih banyak menyerang kami. Itu hak mereka, tetapi pada saya mereka sudah tidak lagi relevan,” katanya.

Beliau kemudian dalam nada sinis turut menyindir Bersatu yang kehilangan wang deposit di hampir semua kerusi yang ditandingi.

“Saya dimaklumkan mereka bertanding di 24 kerusi. Saya rasa tidak perlu lagi kita bercakap mengenai mereka,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button