BERITA SEMASA

PRN Johor: Bekas MB, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang antara 16 calon dipertaruhkan BERSATU

JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mewakili Perikatan Nasional (PN) mengumumkan senarai 16 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Senarai tersebut menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu yang akan mewakili PN di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Johor.

Antara calon berpengalaman yang dipertaruhkan ialah bekas Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong dan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon di DUN Senggarang.

Selain itu, Uzzair Ismail akan bertanding di DUN Kemelah; Mohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin di Bukit Pasir; Mahfidz Omar di Serom dan Mohd Radzi Amin di Bukit Naning.

Turut disenaraikan ialah Muhammad Syafiq Abdul Aziz (Semarang), Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (Parit Raja), Syed Mohamad Syed Alwi (Rengit), Mutalip Abdul Rahim (Layang-Layang), Muhamad Amerul Muhamad (Tenggaroh), Alias Rasman (Panti), Haji Rasman Ithnain (Sedili), Aisah Esa (Johor Lama), Fairulnizar Rahmat (Penawar) dan Lim Chin Eng @ Roland Lim (Stulang).


SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button