LUAR NEGARA

Wanita bunuh dua bayi sendiri, simpan dalam peti sejuk

SEOUL – Pihak berkuasa menahan seorang wanita selepas dipercayai membunuh dan menyimpan mayat kedua-dua bayi yang baru dilahirkan di dalam peti sejuk.

Laporan media menyebut, waran tangkap terhadap wanita berusia 30-an itu dikeluarkan selepas suspek mengaku membunuh dua bayinya akibat dilanda masalah kewangan selain terpaksa menjaga tiga lagi anaknya yang berusia 12, 10, dan lapan tahun.

Kejadian yang menggemparkan penduduk di daerah Gyeonggi Nambu itu hanya disedari pada Mei lalu selepas Lembaga Audit dan Pemeriksaan Kerajaan mendapati kelahiran dua bayi wanita itu tidak pernah didaftarkan secara rasmi meskipun terdapat rekod kelahiran di hospital.

Difahamkan, suspek membunuh anak keempatnya yang berusia sehari pada November 2018 sebelum mayatnya disimpan di dalam peti sejuk.

Wanita ini juga dilaporkan mengulangi tindakan sama terhadap anak kelimanya pada November 2019.

Sementara itu, suami suspek memaklumkan tidak mengetahui tindakan kejam dilakukan isterinya kerana menganggap dua anak mereka meninggal dunia akibat keguguran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button