Lapan lelaki direman berhubung penemuan jasad di Kuala Langat
KUALA LUMPUR – Kesemua lapan lelaki yang sebelum ini ditahan berkaitan penemuan jasad seorang lelaki tempatan di kebun kelapa sawit di Banting, Kuala Langat, Ahad lalu direman selama tujuh hari.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Mohd Radzi, lapan individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing berusia antara 20 hingga 70-an itu direman bagi membantu siasatan, lapor Buletin TV3.
“Setakat ini, tiada tangkapan baharu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, kecurian peralatan kebun dan buah sawit dipercayai menjadi motif pembunuhan lelaki berusia 49 tahun itu yang jasadnya ditemukan dalam kebun kelapa sawit berkenaan.
Polis sebelum itu menerima laporan daripada anggota Cawangan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Negara (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bahawa terdapat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 5 petang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





