BERITA SEMASAPMX

Vitol syarikat asing, ada perjanjian jual minyak kepada Filipina – PM

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak agar menghentikan polemik berkaitan isu syarikat asing, Vitol yang didakwa menjual minyak kepada Filipina.

Menurut beliau, urusan tersebut adalah berdasarkan perjanjian komersial oleh syarikat berkenaan.

“Ada satu kontroversi baru-baru ini, tentang syarikat vitol, itu syarikat asing,

“Dia dapat kelulusan dan dari Pengerang, bukan syarikat Malaysia, bukan syarikat Petronas dan dia memang ada perjanjian bawa minyak jual ke Filipina. Bukan kita bagi pada Filipina,” jelas Anwar ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra MADANI bersama pelajar Tahfiz Negeri Terengganu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, hari ini.

BACA JUGA:

Subsidi minyak cecah RM7 bilion sebulan, kerajaan terpaksa tangguh projek tidak mendesak – PM

Justeru katanya, kerajaan tidak menahan sebaliknya memberi laluan.

“Tapi kita tidak menahan, bagi laluan lah, minyak orang. Dalam perjanjian asing. Itu yang kita lalui walaupun sedikit kontroversi.

“Saya harap hentikanlah kontroversi ini dan tumpu untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut melahirkan kekesalan terhadap sikap segelintir pihak yang didakwa tidak menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan subsidi minyak.

“Dengan keadaan sekarang, tentunya kita terpaksa buat pilihan. Berapa untuk subsidi minyak yang kita bagi, itu pun tak pernah ada orang cakap terima kasih,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button