BERITA SEMASA

Perkhidmatan awam masa depan perlu kepimpinan telus, berwawasan melangkaui kitaran pilihan raya

PETALING JAYA – Perkhidmatan awam yang bersedia untuk masa depan memerlukan kepimpinan yang berfikir melangkaui kitaran pilihan raya, bertindak secara telus, dan bersedia menerima penelitian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan sama ada dalam politik mahupun perkhidmatan awam, menuntut kejelasan moral serta keberanian untuk melaksanakan reformasi tulen.

“Alhamdulillah, ASEAN kekal sebagai salah satu rantau paling stabil di dunia. Namun seperti yang kita tahu, kestabilan semata-mata tidak akan mempersiapkan kita menghadapi cabaran mendatang.

“Kita kini sebuah rantau dengan 660 juta penduduk, dan oleh itu mesti berfungsi sebagai rangkaian institusi yang berkemampuan dan dipercayai. Fasa seterusnya kerjasama ASEAN akan bergantung kepada bagaimana kita memoraliskan negara itu sendiri.

“Inti kepada tadbir urus adalah moral. Tanpa tujuan moral, perkhidmatan awam akan hilang arah. Tugas kita adalah memperkasa rakyat serta memastikan kemajuan sampai ke setiap lapisan masyarakat,” katanya ketika merasmikan Persidangan ASEAN mengenai Perkhidmatan Awam Sedia Masa Depan, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button