
[VIDEO] Harga diesel ikut pasaran mulai tengah malam ini
PUTRAJAYA – Harga diesel di Semenanjung akan diapungkan di pasaran bermula tengah malam ini, bermula dengan harga RM3.35 seliter berpandukan harga pasaran.
Menteri Kewangan Il, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pengapungan harga ini selaras dengan pelaksanaan penyelarasan semula subsidi bahan api tersebut, manakala pelarasan harganya pula berpandukan purata bulan Mei 2024 mengikut formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.
@malaysiatribune Kerajaan umumkan harga bahan api diesel diapungkan di pasaran bermula tengah malam ini, pada harga RM3.35 seliter. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apungan harga itu akan mengikut mekanisme apungan yang sudah digunapakai untuk minyak petrol RON95 dan RON97 yang digunakan sekarang, iaitu harga diapungkan diumumkan pada setiap minggu. #malaysiatribune #hargadiesel
“Kerajaan bagaimanapun akan terus memantau keadaan semasa bagi mengelakkan ketidakstabilan harga.
“Kerajaan dah bertahun-tahun mengawal harga di stesen-stesen minyak. Ada kaedah yang kita boleh stabilkan harga. Jadi, kalau ada lonjakan harga kita akan cuba stabilkan harga.
“Bagaimanapun jika kenaikan harga drastik dijangka dalam tempoh lama, kita akan lihat bagaimana kaedah terbaik yang kita boleh buat,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Penyasaran Subsidi Diesel, di sini hari ini.
Untuk tempoh seterusnya, tambahnya, harga diesel semasa akan diumumkan pada setiap minggu, mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan berkenaan harga petrol RON95 dan RON97.
Sementara itu, Amir Hamzah menegaskan, penyasaran semula subsidi yang dilakukan kerajaan adalah bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja menerima nya dan pada masa yang sama menghentikan ketirisan.
Kerajaan sebelum ini sudah mengumumkan pelaksanaan penyelarasan subsidi diesel, menerusi inisiatif Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 dan 2.0 yang mengaplikasikan penggunaan ‘fleety card’.
Bagi fasa 1.0, harga diesel bagi kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba ditetapkan pada harga RM 1.88 seliter, manakala bagi nelayan kekal RM1.65 seliter.
Fasa 2.0 pula melibatkan 20 jenis sektor logistik yang mana harga diesel ditetapkan pada kadar RM2.15 seliter.
Manakala mulai esok, seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel yang memenuhi kriteria akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan pertama bawah inisiatif Budi Madani.
“Sekali lagi, saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang layak untuk memohon bantuan tunai ini. Mereka yang memohon pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan Jun dan seterusnya.
“Mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan permohonan dan seterusnya,” katanya lagi.
Amir Hamzah kemudiannya menambah, tiada tarikh tutup ditetapkan bagi permohonan bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








