AGAMABERITA SEMASA

UstazLah sebak, anak sulung tamat hafazan 30 juzuk Al-Quran

KUALA LUMPUR – Kejayaan luar biasa seorang remaja berusia 15 tahun menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam masa 1 tahun 4 bulan nyata menjadi hadiah terindah Ramadan buat keluarganya, termasuk ayahnya, pendakwah terkenal Abdullah Abdol Razak atau lebih dikenali sebagai Ustazlah.

Anak sulung UstazLah, Asiah Al-Afifah, menamatkan hafazan pada 10 malam terakhir Ramadan, sekali gus menjadi lambang keberkatan dan kejayaan hasil disiplin, kesungguhan serta bimbingan keluarga dan guru.

Di bawah didikan Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Cawangan KLIA, Asiah dikenali sebagai pelajar berdedikasi dan merendah diri, sentiasa memohon restu guru.

Pelajar itu malah turut memberi semangat kepada rakan-rakan lain sepanjang proses hafazan. Gurunya, Murabbiah Adlyn, menyifatkan Asiah mempunyai akhlak terpuji serta sentiasa menghargai orang di sekelilingnya.

Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Ustaz Saifullah Hussin berkata, sikap positif dan rendah diri Asiah menjadikannya seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam hafazan, tetapi juga berakhlak mulia.

“Perjuangan AKMAL melahirkan 3,000 huffaz setiap tahun, dan semangat melahirkan generasi penghafaz Al-Quran yang berilmu serta berakhlak ini akan terus dipertahankan,” katanya dalam kenyataan.

https://www.tiktok.com/@akademiakmal/video/7617035439299415314?_r=1&_t=ZS-94kgDGQ8ZBo

UstazLah pula menzahirkan rasa syukur yang mendalam dengan berkata, kejayaan Asiah bukan sahaja memenuhi impian keluarga, malah menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar untuk terus berusaha menamatkan hafazan Al-Quran.

Dua lagi anak perempuannya, Fatimah As Shifa’, 13, dan Nur Aufa, 15, juga sedang mengikuti jejak langkah Asiah di AKMAL.

Dalam usaha menyokong kelestarian program, AKMAL bekerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor bagi membangunkan Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah di Jalan Kebun, Klang, lengkap dengan bangunan baharu, asrama, ruang pembelajaran dan kemudahan sokongan lain.

Orang ramai yang ingin mendaftarkan anak-anak ke program hafazan atau menyumbang boleh melayari www.hafizsetahun.com
atau pengajian AKMAL Tahfiz Online di www.tahfizonline.com

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button