BERITA SEMASA

UniPSAS dijenamakan semula sebagai Universiti al-Quran

KUANTAN – Sun Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan agar Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (UniPSAS) dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Universiti al-Quran.

Baginda bertitah, ia sekaligus menjadikannya universiti al-Quran pertama di negara ini.

Titah baginda, usaha memartabatkan agama Islam di Pahang terus diperkukuhkan melalui pengukuhan institusi al-Quran, dengan penubuhan universiti berteraskan pengajian al-Quran sebagai teras utama.

Menurut baginda, penjenamaan semula tersebut bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya menjadi simbol hala tuju yang jelas dalam menjadikan al-Quran sebagai mercu tanda pembangunan ilmu dan rohani negeri.

“Penjenamaan ini ibarat mengangkat mercu tanda di puncak negeri, agar jelas kelihatan arah yang dituju dan tujuan yang dijunjung,” titah baginda.

Dalam pada itu baginda menzahirkan harapan agar universiti yang bakal disempurnakan pengisytiharannya tidak lama lagi ini bakal menjadi mata air ilmu yang tidak pernah kering, mengalirkan kefahaman al-Quran ke segenap penjuru, serta melahirkan ilmuwan, pendakwah dan pemimpin yang menjadikan wahyu sebagai pedoman.

Penubuhan universiti berkenaan juga diyakini mampu mengangkat Pahang sebagai negeri ilmu yang diberkati dan dirahmati.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button