Waktu kerja Jumaat Ramadan bagi penjawat awam Negeri Pahang sehingga 12.30 tengahari
KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menetapkan waktu bekerja hari Jumaat bagi penjawat awam negeri ini berakhir pada 12.30 tengahari sepanjang bulan Ramadan.
Baginda bertitah, keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga serta memuliakan hari Jumaat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Titah Paduka Baginda, keputusan ini turut dipersetujui dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Februari lalu.
“Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam untuk memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadhan disamping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari.
“Dan saya berharap semua akan menunaikan sembahyang fardhu Jumaat,” titah Baginda memetik laporan Pahang Media.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur kali ke-68 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








