BERITA SEMASAHIBURAN

Ultraman The Ultra Tour: OUP terima pengiktirafan ASEAN Records catat perhimpunan peminat terbesar

PETALING JAYA – One Universal Production Sdn. Bhd. (OUP) mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan rasmi daripada ASEAN Records selepas berjaya menghimpunkan 270 peminat Ultraman yang memakai pakaian bertemakan Ultraman.

Ketua Pegawai Eksekutif OUP, Alvin Lee berkata, Ultraman telah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak kebanyakan rakyat Malaysia, dan untuk melihat tahap kepopularan wira ini terus berkembang merupakan sesuatu yang mengagumkan.

“Membawa Ultraman The Ultra Tour ke Malaysia adalah projek yang istimewa buat kami. Kerjasama ini merupakan satu usaha kita untuk mencipta kenangan yang bermakna bagi peminat pelbagai peringkat umur, sambil mengukuhkan hubungan budaya antara Malaysia dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis pelancaran Ultraman The Ultra Tour secara yang diadakan di pusat beli-belah Sunway Pyramid baru-baru ini.

Acara Ultraman The Ultra Tour turut dimeriahkan lagi dengan kemunculan istimewa Yuki Totsuka, pelakon Jepun yang membawa watak Yuma Hize dalam siri Ultraman Arc sempat meluangkan masa bertemu peminat dalam sesi eksklusif ramah mesra.

Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn. Bhd., Alvin Lee (dua dari kanan) menerima Anugerah Rekod ASEAN untuk Perhimpunan Peminat Ultraman Terbesar di Malaysia dengan 270 peminat, disaksikan oleh Dato’ Kamil Othman.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman berkata, pentingnya kolaborasi dalam memperkukuh hubungan budaya dan hiburan antara Malaysia dan Jepun.

“Kerjasama ini bukan sahaja mengangkat warisan Ultraman di Malaysia, tetapi juga menunjukkan kepentingan kolaborasi antarabangsa dalam memperluaskan impak dan jangkauan kandungan kreatif.

“Hak intelek seperti Ultraman telah membentuk budaya pop global, dan pelancaran jelajah ini membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi destinasi yang menarik untuk perkongsian sebegini,” katanya.

Ultraman Ultra Tour bakal diadakan di tujuh pusat beli-belah lain seperti Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur; Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya; Pulau Pinang, Sunway 163 Mall, Mont Kiara, Kuala Lumpur; Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur; Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri, Johor dan Sunway Kluang Mall, Kluang, Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button