BERITA SEMASA

Uganda isytihar tamat wabak Ebola

KAMPALA – Uganda secara rasmi mengisytiharkan tamatnya wabak Ebola, tidak sampai tiga bulan daripada penularan virus berkenaan di ibu negara itu semalam

Menurut Kementerian Kesihatan Uganda, sebanyak 14 kes dilaporkan sepanjang wabak itu melibatkan 12 kes disahkan melalui makmal dan dua kes kemungkinan.

Empat kematian direkodkan, manakala 10 pesakit telah pulih sepenuhnya.

Wabak yang disahkan bermula pada 30 Januari lalu itu dikawal hasil tindak balas pantas dan tersusun, dengan kerjasama rapat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakan antarabangsa.

Virus Ebola

Ketua Pengarah WHO Afrika, Dr Chikwe Ihekweazu berkata, pengalaman Uganda dalam menangani kecemasan kesihatan awam menjadi faktor utama kejayaan membendung penularan kali ini.

“Wabak ini menguji keupayaan kami kerana melibatkan komuniti bandar dan luar bandar dalam keadaan sumber kewangan dunia yang terhad.

“Namun, Uganda menunjukkan kepimpinan dan ketahanan luar biasa,” katanya memetik laporan WHO semalam.

Wabak kali ini melibatkan virus Ebola jenis Sudan (SVD) yang terkenal dengan kadar kematian tinggi, namun usaha pengesanan, rawatan dan pelaksanaan ujian vaksin segera berjaya mengawal penyebaran.

Walaupun wabak itu telah berakhir, Kementerian Kesihatan Uganda dengan sokongan WHO akan terus memperkukuhkan pemantauan, penjagaan terhadap mangsa yang pulih dan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button