U Mobile komited lindungi pengguna – Teo Nie Ching
KUALA LUMPUR – U Mobile menegaskan komitmen mereka untuk mengutamakan kepentingan pengguna dalam setiap perkembangan berkaitan dasar perdagangan antarabangsa, termasuk perubahan tarif timbal balik perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kerajaan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak pernah mengarahkan U Mobile atau mana-mana syarikat telekomunikasi untuk menggunakan teknologi tertentu, termasuk Huawei, dalam pelaksanaan rangkaian 5G kedua negara.
“Saya menghargai peluang untuk menjelaskan pendirian kerajaan.
“Tiada arahan daripada MCMC atau Kementerian Komunikasi yang mewajibkan penggunaan teknologi Huawei atau mana-mana syarikat lain selepas Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia–Amerika Syarikat ditandatangani,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Nie Ching berkata, tuduhan yang dibuat tanpa fakta adalah tidak bertanggungjawab dan menekankan bahawa U Mobile bebas membuat keputusan teknologi sendiri bagi memastikan rangkaian 5G dapat dilaksanakan dengan cekap dan selamat.
Beliau berkata, kerajaan menghargai usaha syarikat telekomunikasi untuk menilai kesan dasar perdagangan antarabangsa dan memastikan kepentingan pengguna sentiasa diutamakan.
Pada April lalu, U Mobile mengumumkan penggunaan infrastruktur teknologi daripada Huawei Technologies dan ZTE untuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua negara, dengan Huawei menguruskan Semenanjung Malaysia manakala ZTE menguruskan Sabah dan Sarawak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








