TV3 terus relevan, jadi pilihan rakyat Malaysia – Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh stesen televisyen TV3 sejak penubuhannya pada 1984.
Beliau berkata sedemikian sempena ulang tahun ke-41 stesen penyiaran tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.
“41 tahun menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia; menyajikan berita, hiburan, drama dan pelbagai program berkualiti yang membentuk kenangan generasi demi generasi.
“Terima kasih atas dedikasi dalam menyampaikan informasi dan hiburan yang mendidik serta menyatukan kita semua. Semoga terus maju, relevan dan kekal sebagai pilihan masyarakat!” tulis beliau.
Sebagai stesen televisyen swasta pertama negara, TV3 memainkan peranan besar dalam mencorak industri penyiaran tempatan dan menjadi platform penting bagi perkembangan bakat seni tanah air serta wadah penyampaian berita kepada masyarakat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















