BERITA SEMASAPMX

Timor-Leste sertai ASEAN secara rasmi, Malaysia main peranan utama

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 semalam mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste secara rasmi diterima sebagai negara anggota ASEAN ke-11, menandakan bab baharu dalam sejarah rantau Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasarnya pada majlis perasmian sidang kemuncak itu menegaskan bahawa Malaysia terus memimpin ASEAN untuk kekal bersatu, relevan dan berpaksikan rakyat.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, penyertaan rasmi Timor-Leste bukan sekadar simbol diplomasi tetapi hasil daripada sokongan berterusan Malaysia sejak sekian lama.

“Malaysia secara konsisten menyokong penyertaan Timor-Leste melalui latihan, bantuan teknikal dan pengukuhan kapasiti.

“Inilah bukti komitmen Malaysia terhadap semangat kesatuan serantau,” katanya dalam taklimat media Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Katanya lagi, kemasukan Timor-Leste melengkapkan keluarga ASEAN sebagai rantau yang bersatu dan berdaulat, memperkukuh suara Asia Tenggara di pentas global.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button