PMX

Peruntukan pembangkang: ‘Bincang dengan baik jangan sombong’ – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menasihatkan Ahli Parlimen pembangkang agar tidak sombong dan berbincang dengan baik berhubung isu peruntukan kepada ahli-ahli mereka.

“Bincang dengan baik jangan sombong,” demikian katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Selain itu, Shahidan turut mempersoalkan kewajaran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang disyaratkan.

“Kerajaan sekarang ini antirasuah, tapi cara buat kerja menggalakkan rasuah.

“Kalau mana-mana ahli Parlimen sini, sokong, kami beri peruntukan. Apakah itu bukan rasuah?” katanya ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Shahidan berkata, Perikatan Nasional (PN) sudah mengadakan rundingan membabitkan peruntukan ahli Parlimen pembangkang sebanyak dua kali.

“Tapi jawapannya adalah surat yang dihantar, terdapat beberapa syarat ketat termasuk memberi sokongan sehingga habis penggal, yang tidak wajar berlaku.

“Jadi kalau kata tak berunding tu salah, PN dah berunding dua kali. Serta merta kita jumpa selepas Perdana Menteri menjawab soalan saya tahun lepas, ” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button