‘Terima kesilapan dan perbetulkan’ – Ketua Dewan Ulama PAS negeri
CYBERJAYA – Parti PAS diingatkan supaya menerima kesilapan yang berlaku dan membetulkannya.
Kenyataan itu dimuat naik Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ahmad Adnan Fadzil dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Tuanku Raja bukan tidak hormati kita, tapi ingin kita menyedari bahawa baginda juga ada kuasa yang mesti dihormati.
“Kita perlu terima kesilapan kita dan membetulkannya,” katanya ringkas.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan apa kesilapan yang dimaksudkannya itu.
Hantaran beliau nyata berbeza daripada beberapa pemimpin PAS Pusat yang dilihat menyindir BERSATU susulan kemelut politik melanda Perikatan Nasional (PN) di Perlis.
Antaranya, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadli Saari yang memuat naik hantaran berkenaan ‘kawan makan kawan’, manakala Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudeen yang membuat hantaran ‘berterima kasih kerana mengajar erti kawan’.
Kesemua hantaran tersebut dibuat susulan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis dari BERSATU, Abu Bakar Hamzah, yang secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis baharu di Istana Arau, hari ini.
Beliau menggantikan ADUN Sanglang daripada PAS, Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan Khamis lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








