PRN Melaka: Pertembungan tiga penjuru di DUN Kuala Linggi
KUALA SUNGAI BARU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti BERSAMA pada 14 November ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri N01 Kuala Linggi, Mohd Fuad Musrik mengumumkan tiga calon yang disahkan bertanding selepas proses penamaan calon selesai hari ini.
“Mereka ialah calon PH, Mukhlisul Mubin Jula Sapiah; calon BERSAMA, Dr Nur Farhana Hamzah dan penyandang kerusi daripada BN, Datuk Rosli Abdullah yang turut dikenali sebagai Tokli.
“Ketiga-tiga calon mengemukakan kertas penamaan masing-masing antara pukul 9.02 pagi hingga 9.10 pagi,” katanya di Dewan Kompleks Japerun Kuala Linggi, di sini hari ini.
Nur Farhana mengemukakan kertas penamaan pada pukul 9.02 pagi, diikuti Mukhlisul Mubin pada pukul 9.04 pagi dan Rosli pada pukul 9.10 pagi.
Mohd Fuad memaklumkan semua kertas penamaan calon telah disemak dan tiada yang ditolak.
Berdasarkan susunan nama yang diumumkan untuk kertas undi, Mukhlisul Mubin diletakkan pada kedudukan pertama, diikuti Nur Farhana dan Rosli.
Pengundian awal bagi PRN Melaka dijadualkan berlangsung pada 10 November ini, manakala hari mengundi ditetapkan pada 14 November.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








