PRN Melaka: Mukhlis Mubin tampil bak pendekar, lengkap berbaju Melayu songket
KUALA SUNGAI BARU – Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti AMANAH, Mukhlis Mubin menarik perhatian apabila hadir lengkap berbaju Melayu songket umpama pendekar di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pagi ini.
Mukhlis, 25, tiba di Dewan Kompleks Japerun Kuala Linggi pada pukul 8.53 pagi dengan diiringi kedua-dua ibu bapanya serta pimpinan tertinggi AMANAH.

Ketibaan Mukhlis turut diiringi doa sebagai tanda mengharapkan kelancaran proses penamaan calon dan kempen pilihan raya yang bakal ditempuh.
Turut hadir Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang juga Pengarah Pilihan Raya AMANAH.
Pertandingan di DUN Kuala Linggi dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang, Datuk Rosli Abdullah daripada Barisan Nasional (BN), Mukhlis yang mewakili PH dan Dr Nur Farhana Hamzah daripada BERSAMA.
PRN Melaka Ke-16 akan berlangsung pada 14 November dengan pengundian awal pada 10 November.
Seramai 687,697 orang rakyat Melaka layak mengundi bagi menentukan kerajaan negeri yang baharu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








