Enam maut helikopter terhempas di pergunungan Himalaya
CHAMOLI – Kesemua enam individu, termasuk seorang juruterbang, maut selepas helikopter komersial yang dinaiki mereka terhempas di kawasan pergunungan Himalaya, utara India, petang Jumaat.
Helikopter kendalian syarikat swasta, Trans Bharat Aviation itu membawa lima penumpang dengan seorang juruterbang dari destinasi ziarah Badrinath menuju ke Sahastradhara di Dehradun, ibu negeri Uttarakhand.
Pesawat berkenaan dilaporkan hilang daripada radar ketika menghampiri kawasan Hathi Parvat sebelum lokasi nahas dikesan berhampiran Kampung Chaien, dekat Joshimath.
Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami mengesahkan kejadian itu menerusi hantaran di platform X.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan dengan kerjasama pelbagai unit bantuan khas negeri dan kebangsaan.
Helikopter berkenaan dipercayai terputus hubungan ketika cuaca buruk melanda kawasan itu, termasuk hujan berterusan dan jarak penglihatan yang rendah.
Pasukan penyelamat darat berjaya mengesan lokasi nahas selepas melihat kepulan asap berhampiran kawasan berbukit di atas Kampung Chaien.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








