
[VIDEO] Helikopter TLDM bertembung di udara, terhempas
LUMUT – Dua buah helikopter dipercayai milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung di udara lalu terhempas, pagi tadi.
@malaysiatribune Dua helikopter TLDM bertembung dan terhempas semasa latihan. Semua dipercayai krew maut #helikopterhempas #tldm #heliterhempas #lumut #pesawatjatuh #helikopterjatuh
Difahamkan, helikopter jenis AS550 Fennec dan AW139 itu bertembung ketika raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut, di sini.

Maklumat awal menyebut, kedua-dua helikopter tersebut berlepas dari Padang Sitiawan dekat sini pada pukul 9.04 pagi.
“Selepas pertembungan, helikopter Fennec tersebut terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut, manakala sebuah lagi helikopter terhempas di tangga Stadium TLDM,” kata sumber.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








