BERITA SEMASA

PM zahir solidariti Malaysia bersama mangsa banjir di Pakistan, India

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan solidariti Malaysia bersama penduduk Pakistan dan India yang terjejas akibat banjir besar yang meragut ratusan nyawa serta memaksa ribuan keluarga berpindah.

Menurut Anwar, Malaysia turut merasai penderitaan mangsa, termasuk kediaman yang dihanyutkan arus deras, keluarga yang kehilangan insan tersayang dan pengorbanan petugas penyelamat yang berdepan risiko nyawa.

“Dalam waktu sukar ini, rakyat Malaysia bersatu menyokong semua yang terjejas. Kami berkongsi kesedihan anda dan mendapat kekuatan daripada keberanian, rasa belas kasihan serta ketabahan yang ditunjukkan barisan hadapan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau menambah, doa dan ingatan rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka yang berduka serta masih mencari harapan di sebalik tragedi itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button