LUAR NEGARA

Tentera Israel didakwa pintas, tahan kapal Madleen

KAHERAH – Tentera rejim zionis dilaporkan sudah memintas dan menahan kapal layar Madleen yang dalm perjalanan ke Tebing Gaza.

Kumpulan aktivis Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang mengendalikan pelayaran itu berkata, pihaknya sudah terputus hubungan dengan kapal membawa 12 aktivis tersebut, awal pagi tadi (waktu Malaysia), lapor The Guardian.

“Komunikasi telah terputus dengan Madleen. Tentera Israel telah menaiki kapal,” kata kenyataan itu.

Gambar yang dikongsi oleh kumpulan itu menunjukkan penumpang kapal memakai jaket keselamatan dengan tangan diangkat, namun tiada kelibat tentera Israel dalam imej tersebut.

Terdahulu, Kementerian Luar rejim berkata, pihak tentera sedang berkomunikasi dengan kapal tersebut, dan sudah mengarahkannya menukar haluan kerana sudah menghampiri kawasan larangan.

Antara aktivis yang turut menyertai pelayaran itu adalah Greta Thunberg dari Sweden, pelakon Ireland Liam Cunningham dan Ahli Parlimen Eropah dari Perancis, Rima Hassan.

Kapal terbabit turut membawa bantuan seperti beras dan susu formula bayi, lampin pakai buang, produk kebersihan wanita, kit nyah garam, bekalan perubatan, tongkat dan anggota palsu kanak-kanak ke Gaza, sekali gus mencabar sekatan Israel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button