BERITA SEMASA

Greta Thunberg hadapi seksaan paling teruk di hadapan aktivis lain- dedah aktivis Turkiye

ISTANBUL – Bukan hanya ditahan dipenjara malah aktivis dari Sweden, Greta Thunberg menerima seksaan paling teruk apabila dipaksa merangkak, dipukul, rambutnya diheret dan disuruh mencium bendera Israel di atas lantai.

Seksaan yang dihadapi aktivis berusia 22 tahun itu didedahkan oleh wartawan Turkiye yang juga aktivis Global Sumud Flotilla, Ersin Celik sebaik tiba di Istanbul semalam.

“Mereka menyeret Greta kecil (Thunberg) dengan rambutnya di hadapan mata kami, memukulnya, dan memaksanya mencium bendera Israel.

“Mereka melakukan semua yang boleh dibayangkan kepadanya, sebagai amaran kepada orang lain.
Apa sahaja yang dilakukan oleh Nazi, mereka melakukan perkara yang sama,” katanya ketika ditemui media.

Greta Thunberg bersama aktivis misi Global Sumud Flotilla yang lain.

Thunberg yang merupakan pejuang utama isu alam sekitar dan hak asasi manusia, merupakan antara tulang belakang kepada misi Global Sumud Flotilla yang dibarisi lebih 500 aktivis dari 44 negara.

Misi kemanusiaan itu bukanlah misi pertama gadis itu, sebaliknya dia pernah menyertai misi flotila bersama 11 aktivis lain yang berlayar menggunakan kapal Medleen sebelum dipintas tentera Israel ketika hampir memasuki perairan Gaza pada awal bulan lalu.

Dilahirkan pada 2003 di Stockholm, Thunberg mula belajar mengenai perubahan iklim pada usia lapan tahun dan sejak itu, terus menunjukkan minat serta keprihatinan yang mendalam terhadap isu alam sekitar.

Pada usia sekitar 11 tahun, Thunberg didiagnos menghidap sindrom Asperger iaitu satu bentuk autisme, namun ia tidak menjadi penghalang untuk dia terus aktif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button