LUAR NEGARA

Gencatan senjata di Tebing Gaza ditangguh?

BAITULMAQDIS – Pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Tebing Gaza didakwa ditangguhkan.

Dakwaan itu dibuat jurucakap tentera rejim zionis, Daniel Hagari dengan alasan pihak rejim masih belum menerima senarai tebusan untuk dibebaskan pada hari pertama.

Dalam ucapan ringkas di televisyen, Hagari berkata, pihak tentera telah diarahkan untuk menangguhkan pelaksanaan gencatan senjata dan ia mengekalkan kebebasan untuk meneruskan serangan di Semenanjung Gaza selagi gencatan senjata tidak berkuat kuasa.

Sementara itu, Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir bersama dua menteri lain meletak jawatan daripada kabinet kerajaan rejim zionis pimpinan Benjamin Netanyahu berikutan Perjanjian Gencatan Senjata Gaza, hari ini.

Ketiga-tiga mereka daripada Parti Otzma Yehudit kini tidak lagi menjadi sebahagian daripada gabungan pemerintah namun pada masa sama mereka tidak akan cuba untuk menjatuhkan kerajaan Netanyahu.

Difahamkan, parti berkenaan tidak bersetuju dengan gencatan senjata tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button