LUAR NEGARA

Mojtaba Khamenei terlibat rundingan gencatan senjata meskipun dalam rawatan

LONDON – Pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, dilaporkan terlibat dalam membuat keputusan mengenai isu penting termasuk rundingan gencatan senjata dengan Washington meskipun sedang menjalani rawatan daripada kecederaan serius pada muka dan kaki beliau.

Laporan The Guardian yang memetik Reuters berkata, tiga sumber bebas memaklumkan, Khamenei mengalami kecacatan pada wajahnya dan beliau mengalami kecederaan pada satu atau kedua-dua kaki dalam serangan sama yang turut membunuh ahli keluarganya, termasuk isterinya.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara bebas butiran yang diberikan oleh sumber-sumber tersebut.

Tiada kenyataan rasmi dari Iran mengenai tahap kecederaan dialami Mojtaba Khamenei, namub seorang pembaca berita di televisyen negara menggambarkannya sebagai “janbaz” iaitu istilah yang digunakan bagi mereka yang cedera parah dalam peperangan sejurus selepas beliau dinamakan sebagai pemimpin tertinggi.

Sumber perisikan dari dari Amerika Syarikat (AS) bersetuju bahawa Khamenei “cedera dan berkemungkinan mengalami kecacatan” dan mungkin telah kehilangan sebelah kaki.

Khamenei, 56, tidak muncul kelihatan di khalayak umum dan tiada sebarang video atau gambar baharu sejak serangan udara AS-Israel pada hari-hari awal perang yang mengorbankan bapanya, pemerintah tertinggi terdahulu, Ayatollah Ali Khamenei.

Mojtaba kemudiannya dipilih sebagai pemimpin tertinggi beberapa hari selepas serangan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button